"Siapakah hamba ALLAH SWT yang mulia di sisi Allah ?" Soal Baginda SAW.
Terdiam para sahabat.
Terdiam para sahabat.
Kemudian, seorang sahabat menjawab, "Para malaikat Ya Rasulullah." Jawab sahabat.
"Ya. Para malaikat itu mulia, mereka sentiasa berzikir kepada ALLAH SWT. Sudah tentunya mereka mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan." Jawab Baginda SAW.
Terdiam lagi para sahabat.
Kemudian, seorang sahabat menjawab pula. "Ya Rasulullah, tentulah para Nabi."
Nabi tersenyum. "Ya. Para nabi itu mulia. Mereka adalah utusan ALLAH tapi ada lagi yang lainnya."
Para sahabat terdiam. Tertanya tanya para sahabat.
"Ya Rasulullah, apakah kami sahabatmu ini ya Rasulullah ?" tanya seorang sahabat.
"Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku. Kalian membantu perjuanganku. Tapi ada lagi yang mulia."Jawab Baginda SAW.
Sahabat sahabat terdiam. Tidak mampu berkata apa apa. Nabi SAW menundukkan wajahnya. Baginda saw menangis dihadapan sahabat sahabatnya. Para sahabat semakin tertanya.
"Ya Rasulullah, kenapa kau menangis ya Rasulullah ?"
Soal para sahabat. Baginda saw mengangkat wajahnya dan kelihatan airmata mengalir dari mata Baginda saw dan mengalir membasahi pipi dan janggut Baginda saw. "Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia manusia yang lahir setelah wafatku, tetapi mereka terlalu menyintai ALLAH SWT. Mereka beribadat kepadaNya. Mereka itulah terlalu jauh dariku. Mereka tidak pernah melihatku. Tetapi mereka merinduiku. Dan aku juga merindui mereka. Mereka itulah ummatku."
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Kemudian Baginda menyambung lagi, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak cukup lagikah untuk membuktikan betapa sayangnya Rasulullah kepada kita?