Kau lihat ke arah tv, dan kenangan menonton tv bersama-sama keluargamu, penuh dengan gelak ketawa terbayang semula. Sungguh,.. gembira pada waktu itu. Kau tidak sangka ia akan berlaku sepantas ini, seperti baru semalam kau bergurau senda bersama mereka.
Saudara-saudaramu yang lain,.. kau rasa seperti tidak mempunyai saudara langsung! Tidak guna ada saudara seperti itu. Dimana mereka ketika kau memerlukan mereka? Dimana,..
Dan tiada ibu saudara yang akan mengusap kepalamu, seraya berkata, Sabarlah anakku, ini dugaan ALLAH kepada hamba-hambaNya yang Dia sayang dan cinta. Tiada sepupu disisimu untuk berkata, Sepupuku, kita sudah kenal dari lahir, kepayahanmu, adalah kepayahanku juga. Janganlah kau menganggap aku orang asing bagimu, malah aku ini adalah sebahagian darimu! Maka, ibuku, adalah ibumu juga, adikku, juga adikmu. Kata-kata seperti itu bagaikan melepas segala bebanan dan penderitaanmu. Namun sayangnya, tidak ada! Tidak ada! Kau, keseorangan sekarang.
Dan tibalah waktu yang paling sukar, yakni pada waktu tidur. Kau terkenang ibumu lagi, ayahmu, adik beradikmu. Air mata deras mengalir, kau memaksa dirimu untuk tidur, kau harap ini semua adalah satu mimpi buruk semata-mata! Dan bila kau sedar, ayah dan ibumu sudah ada disisimu. Tapi jauh disudut hati kau tahu, ini adalah realiti. Bila kau sedar dari tidurmu ayahmu, ibumu takkan ada disitu!
Bayangkanlah semua ini.
Namun, sahabat sahabatku, bukan ini yang aku ingin utarakan. Bukan kisah tentang ibumu atau ayahmu yang pergi, tetapi tentangmu. TENTANGMU.
Perasaan inilah yang kau akan alami. SEMUA manusia akan alami, yaitu ketika mereka diletakkan ke dalam liang lahad. Keseorangan? Sudah pasti. Kau akan ditanam di bawah tanah, satu tempat yang gelap lagi sunyi. Sempit? Usah disebut.
Selepas semua orang pulang. Keseoranganlah kau.
Dari tadi perkataan Keseorangan ku guna. Takutkah mu bilaku sebut keseorangan atau hatimu telah dilalaikan dari mengingati mati?
Dari tadi perkataan Keseorangan ku guna. Takutkah mu bilaku sebut keseorangan atau hatimu telah dilalaikan dari mengingati mati?
Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang Yang Paling Pintar Di Kalangan Umatku adalah Yang Paling Banyak Mengingati Kematian dan Yang Paling Bersedia Menghadapinya." [H.R Abdullah Ibn Umar]
Tidakkah sukakah dirimu jikalau kau diberi satu pengiktirafan oleh Nabi? Yaitu, Orang yang paling pintar di kalangan umat Nabi Muhammad SAW?
Bersabdalah Rasulullah saw yang bermaksud;
MASYAALLAH! Lubang lubang dari neraka? Mahukah kau menikmati seksaan ini sampai ke hari kiamat? Atau keindahan taman-taman syurga? MASYAALLAH,.. MASYAALLAH,..
Tapi sahabatku, kau tidak harus takut pada kematian. Kerana apa? Kerana pada hari itu kau dapat bertemu dengan Penciptamu. Namun, itu semua bergantung atas dirimu samada mahu menjadikannya satu pertemuan yang indah atau sebaliknya.
Pada hari kau pergi meninggalkan dunia yang sebentar ini, kau akan ditangisi. Namun, janganlah kau juga bersedih, berusaha untuk menjadikan hari itu sebagai hari paling bahagia! Hari bertemu,.. :) ALLAH SWT.