hari ini kepenatan dan keributan melanda diriku. usai solat subuh, aku bertungkus-lumus menghabiskan sisa baki bacaan yang belum disentuh. sesungguhnya, aku takut sekali dengan kegagalan. aku rasa, mungkin aku akan lebih rela dengan kegagalan peperiksaan besar seperti spm berbanding kegagalan ujian bahagian 1. kenapa? sekurangnya, tidak perlulah ibuku membayar ganti rugi. hehe. setelah menunggu hampir sejam untuk dibawa ke tempat ujian di danau kota, aku diberi no 048 oleh sis di kaunter. sambil menunggu mataku tidak dapat duduk diam. melilau je kerja. asyik nak pandang orang. mungkin sebab aku terlalu nervous. tiba giliran aku, aku diarahkan bayar rm10 untuk gambar dan... sis kaunter kata aku tidak dibenarkan pakai sandal. aku .. aku sudah cuak. tapi aku teringat kak baby (cikgu aku) kata boleh sewa. tapi sis kaunter tu suruh aku pinjam kasut sis yang baru masuk. Alhamdulillah, syukur dia bagi. terima kasih ya my lovely kind-hearted saudara seIslam. YA ALLAH, kau bantulah dia di akhirat kelak. seperti mana yang telah Kau janji.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda :
"Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."
Riwayat Muslim.
InsyaALLAH~. Allahumma Ameen. Alhamdulillah, lulus juga ujian computer.